Pages

Wednesday, February 12, 2014

Apabila pelajar hantar buku latihan tanpa menyiapkan latihan…



Hari ini ketika saya menyemak buku karangan. Sehari sebelum itu ada 10 orang pelajar yang masih belum menghantar buku. Jadi, saya minta mereka hanya. Memang semua hantar kecuali seorang pelajar , Manja. Katanya tidka bawa buku.

Ketika menyemak buku latihan tersebut , saya dapati ada 4 buah buku yang hanya ditulis tajuk sahaja. Kerja rumah tidak dibuat. Saya tidak tahu apakah perasaan saya pada masa itu. Yang pasti, tiada rasa marah. Terkejut,mungkin. Geli hati, mungkin.

Yang saya buat ialah saya pergi ke kelas tersebut. Saya hanya menerangkan kesalahan dan memberikan solusi atas kesalahan.

Saya meminta kebenaran kepada guru yang berada di dalam kelas itu untuk bercakap dengan pelajar-pelajar.

Mula-mula saya puji kebaikan pelajar iaitu menghantar buku latihan. Puji saya, “ Saya suka. Kamu mahu menghantar buku latihan karangan apabila saya minta kamu berbuat demikian. Kamu akur akan arahan. Memang tindakan kamu tindakan yang betul. Bagus! “

Kemudian, saya terangkan pula kesalahan (secara umum). Saya hanya terangkan kesalahan dan menyatakan tindakan yang betul.

“ Apabila hanya buku latihan, hanya hantar latihan yang sudah siap. Jangan hantar buku yang latihan yang belum siap. Untuk masa akan datang, sekiranya saya meminta kamu menghantar buku latihan dan pada ketika itu kamu tidak menyiapkan latihan, maklumkan kepada saya.”

Selepas itu, saya berikan solusi kepada mereka. Kata saya, “ Sekarang, pelajar-pelajar yang tidak siap latihan, boleh minta tunjuk ajar daripada rakan atau pinjam buku rakan yang sudah siap dan jadikan contoh untuk menulis karangan tersebut ataupun bertemu saya di bilik untuk saya terangkan cara menyiapkan karangan tersebut.”

Pada waktu rehat, dua orang pelajar datang berjumpa saya. Terang mereka, mereka tidak hadir ke sekolah pada hari latihan itu dibuat. Mereka meminta pinjam buku rakan yang sudah disemak untuk dibuat latihan yang tertinggal.

Selepas itu,  ada juga seorang pelajar lelaki yang datang berjumpa saya dan menghantar buku karangan dengan latihan yang sudah disiapkan.
Berdasarkan teknik Rasulullah dalam mendorong pelajar-pelajar mengubah tingkah laku  negatif kepada positif, tidak perlu mengkritik, memarahi atau mengugut mereka. Hanya terangkan kesalahan. Tidak perlu juga menghukum mereka tetapi sebaliknya berikan solusi kepada mereka dalam menebus kesalahan atau memperbaiki kesilapan.

Amalan lazim apabila pelajar tidak buat atau tidak menyiapkan kerja rumah.

Guru kritik,
“ Kamu memang pemalas. Buat latihan sedikit pun tak terbuat.” (Salah)

Guru menyiasat,
“ Bukankah saya suruh siapkan? Kenapa tidak siapkan?
Guru perli,
“Kamu ini mengalahkan menteri. Sibuk sangat sampai tak dapat siapkan latihan sikit itu,ya?” (Salah)

Guru ugut,
“Lain kali kalau kamu hantar buku yang kerja tidak siap, saya akan denda kamu tulis dua lagi karangan. Baru kamu tahu.” (Salah)

Jika mahu mengikut sunnah, tidak perlulah bertindak atau berkata demikian. Hanya terangkan kesalahan dan berikan solusi. Guru tidak stress, pelajar juga mudah didorong untuk berubah.


________
Allahumma solli ala saidina Muhammad! Sesungguhnya yang baik dan indah datangnya daripada Allah dan yang buruk dan jelek itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Ya Allah! Jadikanlah setiap perkataan yang kutulis membawa pahala kepadaku dan kepada sesiapa juga yang membacanya. Ampunilah aku andai aku tersilap dan tersalah. Amin!

5 comments:

  1. Betul tu cikgu.. Pengalaman ketika masih bersekolah sy bukanlah dr kalangan pelajar yg bijak..ada segelintir cikgu suka menjatuhkan maruah pelajar seperti seperti sy..dan memandang mulia pelajar yg bijak..sebenarnya kami yg tidak bijak ini memerlukan kasih sayang seorang guru bukan cacian atau sebagainya..
    sy harap cikgu teruskan usaha sebegini...
    Insyaallah anak didik cikgu akan menjadi manusia yg hebat2 di masa akan dtg...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah :) saya suka baca tulisan cikgu ^_____~
    moga istiqamah insyaAllah
    wassalam...

    ReplyDelete
  3. nabi tak pernah ambil hak orang. tapi cikgu nie telah ambil masa pelajar ini semasa belajar subjek lain. akibatnya pelajar ini telah hilang sedikit kesempatan mendengar pengajaran yang sedang disampaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya minta kebenaran dalam 2 minit daripada guru yang mengajar untuk bercakap dengan pelajar. Saya tidak memanggil pelajar keluar tetapi sebaliknya saya berdiri di tepi kelas dan bercakap kepada semua pelajar. Tempoh yang saya ambil tidak lebih daripada 2 minit. Dalam tempoh itu, guru berkenaan diam dan turut mendengar kata-kata saya.

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian cikgu. Sangat bermanfaat untuk guru baru seperti saya. :)

    ReplyDelete