Pages

Wednesday, January 16, 2013

Apabila pelajar lelaki sapu lantai

Ketika berjalan di kaki lima bangunan sekolah, saya ternampak dua orang pelajar lelaki 5SS saya sedang menyapu sampah di luar kelas. Sesampai saya di kelas itu, mereka berdua baru masuk ke dalam kelas.

Saya bertanya, "Adakah kamu bertugas meyapu sampah?"
Jawab salah seorang daripada mereka, "Tidak cikgu. Tepi kelas kotor sangat. Kami tolong bersihkan sahaja."

Saya balas dengan senyuman. Kemudian saya berkata, "Wah! Bagusnya! Saya kagum dengan tindakan kamu. Walaupun kamu pelajar lelaki namun kamu sanggup menyapu lantai yang kotor. Kelas bersih. Luar kelas pun bersih. Pasti kawan-kawan suka akan tindakan kamu. Saya amat gembira mempunyai pelajar seperti kamu. Allah juga berikan pahala atas tindakan kamu. Kamulah pelajar contoh."

Pelajar-pelajar tadi tersenyum simpul. Kawan-kawan yang ada pula bertepuk tangan. Ada juga yang bersorak. Makin tersenyum malu mereka berdua.

Ternyata pujian menggunakan teknik Nabi Muhammad merupakan teknik yang amat baik digunakan ketika awal pengajaran dan pembelajaran.:)


___________________

Sesungguhnya yang baik dan indah datangnya daripada Allah dan yang buruk dan jelek itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Ya Allah! Jadikanlah setiap perkataan yang kutulis membawa pahala kepadaku dan kepada sesiapa juga yang membacanya. Ampunilah aku andai aku tersilap dan tersalah. Amin!

No comments:

Post a Comment