Pages

Sunday, October 21, 2012

Pemberian ganjaran buat Teja Miracle

“ Cikgu mahu ajak kami makan-makan di rumah cikgu,” tanya Adam.
“Ya!”
“Semua ahli kumpulan sahaja?” tanya Adam, ingin kepastian.
Jawab saya, “Tidak, Ajaklah kawan-kawan kamu sekali yang turut datang latihan di rumah saya hari itu.”
Balas Adam, ‘Ok,cikgu!”

Sebenarnya, ketika melihat kembali gambar-gambar dan video persembahan pelajar dalam Nyanyian Lagu Puisi, saya kira pujian dan ucapan terima kasih masih tidak mencukupi. Mereka sudah berusaha dan saya amat menghargainya.


Ketika hari persembahan, Adam sebagai ketua kumpulan telah demam. Selepas persembahan, saya mahu belanja mereka makan-makan di kantin tetapi Adam menolak. Dia tidak ada selera makan. Disebabkan dia ketua maka saya tangguhkan niat untuk belanja mereka makan.

Apa yang ingin saya lakukan ialah memberi ganjaran positif kepada pelajar-pelajar saya ini. Jadi, ada dua bentuk ganjaran yang saya mahu berikan kepada mereka iaitu ganjaran material @ ganjaran bentuk kebendaan iaitu belanja makan dan penghasilan video slide Kenangan Teja Miracle.

Ingin saya kongsikan semula satu teknik Nabi Muhammad dalam mendorong pelajar iaitu Teknik Memberi Ganjaran.

Ada beberapa prinsip dalam Teknik Memberi Ganjaran Nabi Muhammad iaitu:-
1. Ganjaran diberikan apabila kerja dibuat dengan teknik yang betul.
Teknik yang betul biarpun hasilnya salah ,terus dipuji dan diberi ganjaran.
Pelaku akan cenderung mengulangi teknik yang betul. Lama kelamaan akan
mahir dan dapat hasil yang betul.


2. Kerja yang dibuat dengan teknik yang salah tidak diberi ganjaran. (jangan diberi ganjaran negatif)
Nabi Muhammad hanya diam apabila ada orang yang bersin tetapi tidak  mengucapkan Alhamdulillah (teknik salah). Nabi Muhammad tidak  menasihatinya dan tidak juga mendoakannya (ganjaran positif). Pujian  hanya diberikan kepada teknik yang betul dan diberikan juga secara serta-merta.

3. Apabila kerja itu dibuat secara terbuka , maka ganjaran diberikan secara terbuka.
Nabi Muhammad mendoakan (ganjaran positif) orang yang bersin tadi di hadapan sahabat-sahabatnya yang lain. Nabi juga memberitahu kriteria ganjaran  yang diberikannya. Hal ini mendorong orang yang mendengar pujian itu  turut terdorong melakukan perbuatan yang betul.

4. Orang yang melakukan kerja dengan teknik yang salah tidak dikritik
Nabi Muhammad tidak menjatuhkan maruah orang yang bersin dengan teknik yang salah.

Ganjaran positif yang diberikan oleh Nabi Muhammad seperti mendoakan orang yang bersin dan
mengucapkan Alhamdulillah).


Nabi Muhammad juga banyak memberikan ganjaran sosial @ sosial rewards. Tindakan seperti senyum dan anggukan juga  merupakan ganjaran sosial. Ganjaran sosial ini menyebabkan maruah orang  lain diselamatkan dan kesannya pada emosi orang tersebut (kesan yang
lebih mendalam). Ganjaran positif ini boleh diberikan berkali-kali.


Ganjaran positif juga boleh diberikan dalam bentuk ganjaran material@kebendaan
seperti hadiah tetapi tidak boleh diberikan berkali-kali. Ganjaran bentuk material ini juga haruslah diberikan kepada semua yang terlibat bukanlah berdasarkan tempat pertama, kedua atau ketiga. Lagi satu perkara, ganjaran bentuk material juga tidak boleh dijanjikan. Nabi Muhammad tidak memberi janji untuk memberi hadiah untuk mendorong orang lain untuk melakukan sesuatu.


Berbalik kepada cerita Teja Miracle, saya telah memasak sendiri untuk mereka. Bukan sahaja ahli-ahli Teja Miracle yang dijamu tetapi juga rakan-rakan mereka yang turut sama dalam latihan tempohari. Ada yang sudah mencuba membaca sajak seperti Annas dan Arepick. Ada yang sekadar menemani dan memberi sokongan moral kepada ahli kumpulan.

Saya juga menghasilkan video slide Kenangan Teja Miracle sebagai ganjaran kepada usaha mereka. Slide itu saya tunjukkan kepada mereka ketika jamuan ringan yang saya adakan di rumah saya iaitu pada 18 Oktober 2012. Melihat wajah ceria mereka dan gelak ketawa mereka semasa menonton video tersebut emmbuatkan hati saya gembira.


Ketika mahu pulang selepas jamuan tersebut, Adam tersengih dan bertanya,  “Cikgu upload video ke Youtube,cikgu?”

Saya tersengih. Saya dapat rasakan yang dia mahu saya memuat naik video tersebut ke Youtube. Sebelum ini, saya sudah memuat naik video latihan dan persembahan akhir Nyanyian Lagu Puisi Teja Miracle. Saya tidak terfikir pun untuk berbuat demikian untuk video silde Kenangan Teja Miracle, namun apabila ditanya begitu oleh Adam, saya kira tiada salahnya saya berbuat demikian.


Lantas, pertanyaannya saya jawab dengan anggukan kepala. Tersenyum lebar Adam melihat respon saya itu. Sesungguhnya , saya gembira kerana dapat menggembirakan anak-anak didik saya.

 









































video
Video slide Kenangan Teja Miracle



Saya juga muatnaik video slide Kenangan Teja Miracle di Youtube. Pelajar-pelajar memang suka dihargai.


Saya juga kongsikan link Video Youtube di Facebook saya. Kebaikan secara terbuka, pujian pun dilakukan secara terbuka.




Ini antara reaksi anggota Kumpulan Teja Miracle.

___________________

Sesungguhnya yang baik dan indah datangnya daripada Allah dan yang buruk dan jelek itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Ya Allah! Jadikanlah setiap perkataan yang kutulis membawa pahala kepadaku dan kepada sesiapa juga yang membacanya. Ampunilah aku andai aku tersilap dan tersalah. Amin!

3 comments:

  1. Sayunya saya melihat. Allah berkati usaha Puan selamanya.Amin. Sesungguhnya, mereka anak yang baik. Mereka akan merindui cikgu mereka ini. Bukan sekadar cikgu namun lebih dari itu. :)

    ReplyDelete
  2. Bahan yang puan tulis ini sudah menjadi manual memotivasi pelajar yang boleh dijadikan bahan edaran kursus.

    ReplyDelete
  3. As Salam, i am currently conducting a survey about mosque for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
    https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0

    ReplyDelete