Oleh sebab Kumpulan Gadis M sahaja lagi yang belum membuat pembentangan untuk tugasan membina isi karangan, rakan-rakan mereka dalam kelas 5PD mahu mereka membuat pembentangan pada hari Jumaat yang lepas.
Sewaktu mereka bersiap sedia menampal kertas sebak di papan putih, pelajar-pelajar 5PD senyap dan sedia menanti.
Kumpulan Gadis M bekerjasama dalam menampalkan kertas di papan putih
Kali ini kumpulan ini lebih bersedia dan lebih yakin. Saya rasa kagum kerana Ah Chiew sudah berani bercakap dan dia yang mengetuai pembentangan. Saya juga kagum dengan teknik yang mereka gunakan sewaktu pembentangan. Mula-mulanya Ah Chiew bercakap (Ah Chiew memberi kata alu-aluan. Hehehe! Pandai pula!) Kemudian, dia dan rakan-rakannya dalam kumpulan yang sama membaca catatan di kertas sebak.
Walaupun mereka tidak membuat pembentangan dalam erti kata sebenar namun saya cukup berpuas hati.
Pertama, mereka menyiapkan juga tugasan mereka (sediakan maklumat yang diperlukan dan menulisnya di atas kertas sebak)
Kedua, mereka sudah yakin dan tidak lagi malu-malu. self esteem mereka sudah naik.
Ketigamereka tidak tolak menolak antara satu sama lain. (Tiada lagi, orang ini suruh orang itu. Orang itu suruh orang ini!)
Keempat, mereka tidak lagi ketawa tetapi lebih serius dalam membuat pembentangan.
Pelajar-pelajar 5PD begitu ‘sporting’. Mereka memberikan tepukan semangat kepada kumpulan Gadis M ketika memulakan pembentangan dan mereka juga bertepuk dan bersorak ketika gadis M selesai membentangkan hasil kerja mereka.
Semua ini adalah impak kepada aplikasi teknik pujian Nabi Muhammad yang saya gunakan terhadap mereka (Baca cerita mereka dalam entri yang lepas)
Selepas kelas, Kumpulan Gadis M menghadiri pula kelas tambahan Bahasa Melayu yang bermula jam 12.45 tengah hari. 10 minit sebelum jam 2 petang, Ah Chiew meminta saya ‘bluetooth’ gambar mereka yang saya ambil. Rupanya, semasa Ah Chiew balik ke rumahnya dengan menunggang motosikal (rumahnya dekat dengan sekolah), dia membawa telefon bimbitnya bersama.
Saya hanya berikan dua keping gambar yang ada dalam blog ini kepada Ah Chiew sebab saya tidak menyimpan gambar-gambar lepas dalam memori telefon bimbit. Namun, saya turut memberikan mereka rakaman video pembetangan kumpulan mereka.
Saya hanya berikan dua keping gambar yang ada dalam blog ini kepada Ah Chiew sebab saya tidak menyimpan gambar-gambar lepas dalam memori telefon bimbit. Namun, saya turut memberikan mereka rakaman video pembetangan kumpulan mereka.
Ah Chiew ketawa terbahak-bahak. Dia bercakap Cina tetapi melalui aksinya saya tahu sebenarnya dia ketawakan dirinya sendiri. Dia tidak sedar bahawa dia bercekak pinggang sewaktu pembentangan tersebut.
Saya memuji mereka. Kata saya,” Kamu sudah semakin berani bercakap di hadapan kelas. Kamu juga sudah ada keyakinan diri. saya suka. Saya juga suka dengan usaha kamu yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat pembentangan. Ayat yang kamu bina amat baik.”
Kata Ah Kay, “ Cikgu, ada budak India kelas bagus tolong kami.”
Saya terkejut dan berkata, “Oh ya!Baguslah! Kamu ada usaha untuk selesaikan tugasan dengan mendapat bantuan rakan.
Rupanya mereka dibantu oleh seorang pelajar India daripada kelas cemerlang. Pandai pula mereka berusaha meminta bantuan.
Sebelum balik mereka mahu diambil gambar. Dulu malu kini mahu pula. Hehehe! Gambar ini diambil ketika mula-mula mereka mahu membuat pembentangan. Ah Kay mengelakkan Ah Chiew yang terlupa memakai cermin mata. Dia tidak dapat membaca tulisan di atas kertas.
Ini video pertama kali Gadis M membuat pembentangan. Minta maaf sebab saya tidak tahu cara membetulkan video yang membuatkan orang terteleng menontonnya.
Ini pula rakaman video ketika kumpulan Gadis M membuat pembentangan buat kali kedua.
___________Sesungguhnya yang baik dan indah datangnya daripada Allah dan yang buruk dan jelek itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Ya Allah! Jadikanlah setiap perkataan yang kutulis membawa pahala kepadaku dan kepada sesiapa juga yang membacanya. Ampunilah aku andai aku tersilap dan tersalah. Amin!



Salam alaik cikgu.
ReplyDeleteInfo yg berguna buat saya selaku seorg guru. Apabila mengajar pelajar2 cina dari kelas hujung,mmg saya selalu keresahan sbb diorg amat lemah penguasaan BM
Salam Puan,
ReplyDeleteterima kasih kerana mencatat di blog ini. Saya mengakui sentiasa mengikuti perkembangan catatan puan...
tahniah....
Terima kasih Shameel dan Cikgooden atas catatan tersebut. Saya harap perkongsian saya dapat membantu.
ReplyDeletealhamdulillah. Nampaknya mama pun kena cuba teknik ini.
ReplyDeleteHahaha! Cikgu Jiss, cuba jangan tidak cuba. Mencubanya mengikut sunnah nabi pun diberi pahala.
ReplyDelete