Kebiasaannya, apabila pelajar tidak hadir ke sekolah, guru akan bertanya sebab-musababnya. Namun mengikut teknik mendorong Nabi Muhammad, guru tidak perlu menyiasat sebab-musabab pelajar tidak hadir sekolah.
Apa yang saya lakukan ialah apabila saya dapat kesan pelajar tidak hadir, saya akan memuji pelajar itu kerana hadir ke sekolah pada hari berikutnya. Berdasarkan pemerhatian saya, pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa ada sebarang alasan munasabah atau dalam kata lain pelajar ponteng, mereka akan diam apabila dipuji, mereka mungkin berwajah muram atau senyum kelat atau terpaksa.
Apa yang saya lakukan ialah apabila saya dapat kesan pelajar tidak hadir, saya akan memuji pelajar itu kerana hadir ke sekolah pada hari berikutnya. Berdasarkan pemerhatian saya, pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa ada sebarang alasan munasabah atau dalam kata lain pelajar ponteng, mereka akan diam apabila dipuji, mereka mungkin berwajah muram atau senyum kelat atau terpaksa.
Walau bagaimanapun, andai pelajar yang tidak hadir disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan atau hal-hal yang penting, mereka akan sendiri menjelaskan faktor ketidakhadiran mereka ke sekolah.Biasanya pelajar ini cuba mempertahankan diri mereka. Seperti halnya, Frank yang tidak datang ke sekolah pada hari Jumaat. Apabila saya memuji dirinya kerana datang sekolah pada hari Isnin berikutnya dan menyatakan impak positif tindakannya, dengan cepat pula dia menjawab, “ Cikgu, saya pergi ujian memandu. Cikgu, saya kecewa. Sudah dua kali saya gagal.”
Bukan sahaja, dia memberikan sebab dia tidak hadir ke sekolah namun dia juga turut bercerita tentang perasaan dan pengalamannya dalam hal berkaitan.
Bukan sahaja, dia memberikan sebab dia tidak hadir ke sekolah namun dia juga turut bercerita tentang perasaan dan pengalamannya dalam hal berkaitan.
Pujian kepada pelajar yang ponteng atau tidak hadir bersebab, membawa impak positif yang mana mereka terdorong untuk datang ke sekolah. Namun, hal-hal pujian ini bukanlah boleh terhenti dengan sekali puji. Saya dapati pelajar-pelajar yang bermasalah ini memerlukan ‘magnet’ untuk menarik mereka ke sekolah. Magnet yang saya maksudkan tentulah pujian daripada guru. sendiri. Saya juga dapati bahawa apabila mereka datang dengan harapan kehadiran mereka disedari oleh guru dan apabila guru memuji mereka, pujian tersebut membekas di hati. Namun apabila kehadiran mereka hanya mengundang kata-kata herdikan dan luahan marah, itu juga merupakan magnet yang menolak mereka dari sekolah.
Itu tentang pelajar yang tidak datang ke sekolah, baik bersebab atau tidak. Hari ini saya mengambil cuti kerana Nana demam kuat. Badannya panas dan lemah. Saya tahu dia memerlukan ibunya. Pagi-pagi lagi, Nana saya suapkan roti .Hanya itu sahaja dia mampu telan.Sayu hati saya dibuatnya. Kemudian, saya pergi ke sekolah Nana untuk menghantar buku latihan Fiziknya. Selepas itu, saya bawa Nana ke klinik.
Opss..bukan cerita Nana yang saya hendak kongsikan. Yang saya hendak kongsikan ialah cerita tentang Ila. Saya menerima sms daripada Ila. Catatnya, “Kenapa cikgu tidak datang? Bosan betul. Tidak belajar pun.” ( Saya catat semula sms Ila dengan menulis perkataan dengan lengkap sebab Ila menggunakan singkatan ejaan.)
Pulak! Pelajar saya yang dulunya tidak hadir sekolah tetapi sudah rajin ke sekolah lantaran menerima pujian menggunakan teknik Nabi Muhammad, kini bertanya pula kenapa gurunya tidak hadir. Terharu saya dibuatnya. Terfikir pula saya, adakah anak-anak didik saya yang lain berasa kehilangan kerana ketidakhadiran saya? Hehehe!
p/s Saya menulis entri ini ketika Nana sedang berehat. Demamnya semakin reda. Alhamdulillah!
Ila tekun membuat latihan. Setiap kali terpandnag saya , dia pasti tersenyum. Sejuk hati cikgunya.
_______________________Sesungguhnya yang baik dan indah datangnya daripada Allah dan yang buruk dan jelek itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Ya Allah! Jadikanlah setiap perkataan yang kutulis membawa pahala kepadaku dan kepada sesiapa juga yang membacanya. Ampunilah aku andai aku tersilap dan tersalah. Amin!

Catatan episod yang ringan, santai dan menghiburkan. Namun tetapi memberi makna kepada kami yang mengikuti perkembangan pelajar-pelajar corot itu.
ReplyDeleteJelas sudah kelihatan perubahan sikap kepada Cik Ila terhadap sekolah dan terhadap pelajarannya! Hehehe... dengan tidak disuruh-suruh supaya dia mengubah sikapnya. Sungguh magis!
sejuk juga hati kami yang membacanya...:)
ReplyDelete