Dalam minggu peperiksaan, selain menjaga kelas-kelas peperiksaan, cikgu-cikgu pasti sibuk menyemak kertas. Begitu jugalah saya. Oleh sebab kelas 5PD sudah pun menjawab soalan Bahasa Melayu, memang tiba masanya saya menyemak kertas jawapan mereka.
Bagi kelas 5PD , tentulah ada sahaja kesilapan dan kesalahan yang pelajar-pelajar saya lakukan. Namun, saya amat berpuas hati kerana majoriti pelajar memang mahu mencuba menjawab soalan.
Misalnya, Ah Chiew dan kawan-kawan Cinanya. Dalam bahagian membina ayat, keempat-empat mereka memang membina ayat. Ayat yang lengkap. Namun, tunggang terbalik struktur bahasanya. Tentunya mereka tidak mendapat markah untuk bahagian tersebut. Mereka sudah membuat kesalahan dalam membina ayat namun saya aplikasikan teknik tutup mata pada kesalahan, puji kebaikan.
Dalam hal ini, saya saya tidak tegur kesalahan membina ayat yang dilakukan oleh mereka. Nabi Muhammad tidak menegur kesalahan sebaliknya nabi puji kebaikan pemuda yang melakukan kesalahan itu, seperti dalam hadith ‘12 Malaikat, seorang lelaki itu melakukan perkara-perkara yang salah dan juga perkara-perkara yang betul. Nabi Muhammad pura-pura tidak nampak kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh lelaki itu. Nabi Muhammad memuji senikata zikir ciptaan lelaki itu: “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.”
Saya tidaklah berkata,
“Kamu buat ayat tunggang langgang.”
“Kenapa kamu tidak boleh buat ayat yang betul?”
“Kenapa kamu tidak boleh buat ayat yang betul?”
“Hendak buat ayat ini pun susah sangatkah?”
Sebaliknya, saya catatkan kata-kata pujian kepada mereka. Saya catat,
“Bagus! Kamu cuba membina ayat dengan perkataan yang diberi. Saya suka. Saya boleh betulkan kesilapan kamu dan kamu boleh belajar daripada kesilapan tersebut. Lain kali, kamu pasti mampu membina ayat yang betul.
Saya pasti self-esteem pelajar-pelajar saya akan naik dan mereka akan terdorong untuk mencuba membina ayat dan tidak takut membuat kesilapan..

Sesungguhnya yang baik dan indah datangnya daripada Allah dan yang buruk dan jelek itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Ya Allah! Jadikanlah setiap perkataan yang kutulis membawa pahala kepadaku dan kepada sesiapa juga yang membacanya. Ampunilah aku andai aku tersilap dan tersalah. Amin!